Kami merupakan pasangan suami isteri yang biasa-biasa, tetapi mempunyai impian yang luar biasa. Untuk mengejar Impian Luar Biasa tersebut, kita perlukan bimbingan daripada mentor-mentor yang telah berjaya. Dan kami percaya.. di sinilah Impian kami mampu untuk direalisasikan. ^^
Wednesday, August 26, 2015
| Artikel - Ancaman Air Tercemar [Berita Harian] |
Petikan Akhbar Berita Harian 16 Februari 2014 telah menerbitkan satu artikel bertajuk 'Ancaman Air Tercemar'.
Gambar di atas adalah keratan daripada artikel akhbar tersebut. Sangat
terperinci termasuk gambar rajah yang menerangkan tentang masalah air
yang dihadapi oleh penduduk global dan Malaysia hari ini.
Sedikit petikan daripada artikel ini saya kongsikan:
Di Malaysia, pencemaran air di sekitar
pantai peranginan Batu Ferringhi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di
Lembah Klang baru-baru ini, menunjukkan pentingnya penjagaan alam
sekitar, terutama sumber air.
Dalam kejadian itu, keadaan permukaan
sebahagian air laut di Batu Ferringhi kehitaman dan mengeluarkan bau
busuk, dipercayai akibat pembuangan air sisa tidak dirawat dari loji
rawatan air sisa. Malah, perairan itu juga dikatakan berdepan ancaman
bakteria membawa maut, Esherichia coli (atau lebih dikenali sebagai
E.coli).
Di Lembah Klang, Loji Rawatan Air (LRA)
Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi terpaksa ditutup akibat paras
ammonia di muka sauk loji air rawatan itu berada di paras tinggi
melebihi 3.55 bahagian per juta (ppm) berbanding paras dibenarkan 1.50
ppm.
Kejadian itu menyebabkan pengguna air
di sebahagian besar kawasan terjejas, iaitu Kuala Langat dan Hulu Langat
terus mengalami gangguan bekalan air bersih.
Jelas, hari ini kita tidak lagi boleh mengharapkan air bersih dari LRA
kerana walaupun air telah dirawat di sana, sebelum sampai ke kediaman
kita,air tersebut telah tercemar semula terutama dari logam berat.
Hanya satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan sistem penulinan air dari mesin Bio Pure Elken.
Subscribe to:
Posts (Atom)
